Selasa, 06 November 2012

“CERITA SI ANAK LADANG MENGIKUTI LOMBA TARI” (bag. 2)

LANJUTAN ................

               Pada tanggal 13 Juli 2012 kami berangkat ke Kota Kinabalu, ini  adalah pertama kali saya ke KK, perjalanan mengambil masa 8 jam sampai kesana. Delapan jam bukannya sekejap, badan ku terasa sakit kerana duduk terlalu lama. Aku bersama teman teman dan juga bapak, ibu guru singgah di kundasang sambil berfhoto-poto sepertinya aku tak percaya GUNUNG KINABALU berada di belakang kami. Tiba di penginapan saya sangat malu kerana mengira sayalah yang paling besar, ternyata ada lagi yang lebih besar daripada saya. Sampai di bilik, kami semua beristirahat lalu kami di bawa ke 1BORNEO sama pak Haris Cempaka untuk membeli makanan. Selesai jalan-jalan kami semua balik ke penginapan dan sholat magrib berjamaah. Selepas itu kami pun makan malam dan berbincang tentang Lomba-Lomba yang akan diadakan besok. Dalam hati ku Walaupun pihak lawan besar-besar kami tidak takut menghadapi mereka kerana dalam pertandingan menang/kalah hal biasa. Mulai dari situ hati berbunyi dag..dig..dug.. Tapi kalau kita buat yang terbaik pasti akan membuahkan hasil. Seperti mimpi jadi kenyataan saya sedang berada di ‘’KOTA KINABALU’’Semua nya sudah terbukti aku lihat dari mata kepala ku sendiri.
                Hari ke 2 kami semua ke dewan UMS untuk majlis pembukaan apkres. Setelah pembukaan, berbagai LOMBA akan diadakan’ seperti Lomba BADMINTON, MENYANYI, PIDATO, STORY TELLING, PING-PONG dan juga TARI BERPASANGAN. Secara peribadi perlengkapan ku pun sudah sedia, perlengkapan pidato dan tari berpasangan. Tapi tiba-tiba secara mendadak Pak Haris Cempaka memberitahu saya bahwa LOMBA BERPIDATO hanya satu orang wakil, dan saya pun terkejut. Pak Haris Cempaka terpaksa memilih Suriani pelajar dari TKB ASIA PALM OIL 2, yang mengikuti lomba pidato tersebut kerana Suriani tiada acara di ikut karena ping-pong single perempuan di batalkan. Walaupun saya sangat kecewa tapi tidak apa-apa karena itu untuk kebaikan kami semua. Dan di suruh focus sama Lomba tari berpasangan saja, akhirnya lomba tari pun sudah dimulai saya dan Siti Rahma bersiap-siap di belakang pentas bersama GURU-GURU CLC ASIA OIL FALM 2. setelah siap, kami pun keluar ke tempat duduk dan menunggu giliran kami dan kami mendapat N07. Sewaktu saya duduk banyak orang-orang yang melihat, dan saya agak malu. Hati ku berdegub kencang kerana kami akan naik ke pentas. Ketika kami di panggil naik, saya akan berusaha buat yang terbaik kerana saya sudah gagal mengikuti 3 lomba. Bila kami sudah buat persembahan ,semua orang pun bertepuk tangan dan banyak orang bilang; wahhh tari nyaa bagus sekali, dan saya pun sangat gembira.
          Selepas selesai acara kami semua pun balik ke penginapan dan harus berehat secukup nya kerana keesokan hari nya,kami semua akan ke Tanjung Aru.Keesokan har,i kami pun bangun awal kerena harus bersiap sedia untuk ke Tanjung Aru. Pulau yang sangat indah dan pengalaman pertama saya ke pulau,biasanya saya hanya pergi ke sungai saja untuk memancing kerana berdekatan dengan tempat kerja.Selain itu saya juga dapat berjumpa dengan bapak’’(KONSULAT JENERAL RI). Di Tanjung Aru banyak acara diadakan, Seperti TARIK TALI, BOLA TAMPAR, dan lain-lain nya tapi hanya LOMBA BARIS BERBARIS yg masuk dalam 13 Lomba yang diadakan di apkres tahun 2012. Tapi sayangnya CLC Asia tidak mengirimkan wakil untuk Baris Bebaris karena menghadapi masalah baju. Tetapi itu tidak melemahkan kami kerana masih ada lagi 3 lomba yg akan diadakan keesokan hari, terutama lomba Cerdas Cermat yang ditunggu-tunggu kerana pemenangnya akan ke Jakarta. 
           Selepas acara di Tanjung Aru Kami pun balik ke penginapan, sekitar jam 4 petang.Setelah sampai di penginapan kami pun membersih kan diri, kerana terlalu kotar di saluti pasir pantai.Selepas kami semua sudah selesai kami pun makan,selepas makan, berehat sekejad.Selepas itu” aku di ajak sama cikgu hayati pergi 1BORNEO sama pelajar perempuan.Di 1Borneo kami shopping, selain shopping, kami ke KFC dan banyak lagi, dari jam7.30 pm sampai 10pm. Waktu aku balik ke bilik tidur Cikgu Zaining dan aidil sudah tidur dan kelihatan mereka sangat penat,dan saya pun tidur kerana terlalu penat dan besok masih ada acara. Hari terakhir kami semua bangun awal sekitar jam 4 subuh, dan harus bersiap awal dan pergi ke dewan UMS, kerana masih ada LOMBA Cerdas Cermat, saya dan kawan-kawan yang lain menyokong team CLC asia. Salah satunya si Aidil yang mengantikan tempat saya. Saya harap dia buat yang terbaik, tapi walaupun team CLC asia kalah mereka sudah buat yang terbaik. Selepas itu kami semua pergi ke dewan sepak takraw untuk menyokong team clc asia. Walaupun team clc asia kecil-kecil daripada team lain tapi team asia membuktikan yang CLC ASIA FALM OIL 2 memang boleh dengan mendapat JUARA 1. Selepas semua acara selesai kami pun pulang ke penginapan untuk bersiap-siap ke acara penutupan, dan saya sangat gementar kerana Lomba tari belum di umumkan. Apabila kami semua sudah selesai kemas barang kami pun ke dewan UMS, hati ku sangat gementar dan takut. Apabila Lomba tari di umumkan tempat ke 3 SIKK ke 2 tomanggong, disitu aku sangat sangat takut kerna tinggal juara 1 belum di umumkan, dan Pembawa acara mengumumkan  “JUARA 1” jatuh kepada CLC ASIA OIL PALM 2. Dan secara jujur nya aku sangat gembira kerana boleh membuktikan yang aku juga boleh mendapat juara 1. Walaupun 3 lomba yang lain saya tidak di pilih kerena hal tertentu, pun begitu aku berusaha sedaya upaya, agar boleh membanggakan pak/ibu guru. Tidak dilupakan cikgu zaining kerana beliau juga banyak berkorban untuk kami tanpa beliau kami mungkin tak kan bisa mendapat juara 1. Sebelum nya kami sangka CLC KK yang menang kerana tari nya sangat bagus pun begitu kejayaan ini akan membakar semangat untuk lebih maju di masa depan. Tidak sia-sia belatih 5 jam sehari. Selepas semua acara selesai kami semua pulang ke penginapan untuk kemas barang. Setelah itu kami semua balik ke rumah masing-masing. Saya sangat sedih sekali kerana meninggalkan Kota Kinabalu, banyak sekali Kenangan Terindah. Gembira, sedih, kecewa, marah, sakit, ketawa, dan banyak lagi. Inilah pengalaman yang tak kan pernah kulupakan seumur hidup ku.
TERIMAH KASIH GURU……………………………


                                                                                              TAMAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar